Saturday, 5 September 2015

Filled Under:

Nak Buat Kenduri Ke Apa Ni??? Obsesi Pelik Pengawal kepada TELUR curi!!!!


‘Harapkan pegar, pegar makan padi'.

Pinghua City, China, seorang pengawal keselamatan ditahan apabila aktiviti mencurinya terbongkar ketika sedang menyelinap keluar dari kilang makanan tempat dia bekerja sambil membawa 2 beg penuh dengan telur.

Ini semua disebabkan obses peliknya terhadap telur.!

Amat mengejutkan lagi, dari hasil siasatan, polis menemui lebih 1,000 biji telur dalam peti sejuk di rumahnya.

Polis itu mengatakan yang telur-telur itu disusun rapi mengikut tarikh tamat tempoh.

Suspek yang dikenali sebagai Gu mengakui sudah beratus kali mencuri telur di kilang tersebut. “Saya amat menyukai telur.


Gu mengatakan dia sudah tak terkira berapa banyak kali dia telah melakukan kegiatan itu. Ada kemungkinan beratus kali.

Sementara itu, jurucakap kilang berkenaan mengaku terkejut dan tidak menyangka perbuatan yang dilakukan oleh Gu itu.!!

“Kami amat terkejut seperti mereka yang lain kerana ia dilakukan oleh pengawal keselamatan.

“Kami fikirkan dia seorang pekerja yang rajin dan lebih gemar bertugas pada waktu malam kerana tidak mempunyai keluarga.

“Sekarang kami tahu dia berbuat demikian supaya dia boleh mencuri tanpa dikesan sesiapa,” katanya.

Selain itu, pihak polis turut menemui daging, sabun, tisu dan pencuci pakaian yang juga dipercayai barang curi.!!

sumber http://oomedianetworkdot.blogspot.my/




0 comments:

Post a Comment