Saturday, 5 September 2015
Filled Under:
Baca nii!!! Luahan Hati Rita Rudiani Terhadap Seorng Datin...Kenapa Dia diTengking???
Posted By:
Halina Halim
on 16:33
Pelakon cantik Rita Rudaini berang dengan sikap seorang wanita Melayu bergelar Datin (VIP) yang menengkingnya secara kasar di dalam sebuah pesawat ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas bercuti di London bersama anak-anak tersayang.
Menyifatkan perbuatan Datin itu sebagai biadap, Rita menjelaskan kejadian tersebut berlaku apabila salah seorang anaknya secara tidak sengaja tertendang kerusi hadapan kerana mengigau.
Namun kejadian tidak disangka berlaku apabila wanita itu kemudiannya menengkingnya dan menuding jari meminta aktres itu mengawasi anaknya supaya tidak menendang kerusinya.
Rita bagaimanapun mengambil langkah untuk bersikap rasional dan tidak mahu bertekak dengan wanita yang dianggapnya sebagai perempuan Melayu berhati busuk itu.
Menerusi akaun Instagramnya, Rita telah memuat naik satu foto beserta kapsyen untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sikap Datin tersebut.
Mcm ni keadaan anak2 bila dah letih atas flight dgn nk menempuh 13jam penerbangan..apa2 pon kami tetap selesa dgn MAS..tp yg XSELESA nya manusia MELAYU BELAGAK dpn seat aku ni (sori ckp AKU sbb geram) dpn aku ni satu family,lakinya aku di fahamkn pangkat dato kerja brjawatan bos (YG PENTING BUKAN CEO) di salah sebuah syarikat suratkhabar bahasa malaysia terkenal di negara kita(xpyh sebut nama nnti org kenal,glamer plak).
Dorg duduk 3beranak dpn aku,bini,ank ppn n lakinye…bini dia ble TENGKING aku dgn kasarnya sambil bgn n pusing belakang dan tuding2 kt aku dgn bongkaknya ‘PLS ASK UR KIDS DONT KICK MY SEATTT!!! Wowwww hebatnya Melayu mcm kau. Kau xle ckp elok2 ke? Mana adab n budi bahasa Melayu kita? Mat saleh pon beradab bila brckp dgn kita.
Hanya sbb ryan mengigau n nk beralih position n kaki ryan tersentuh brlakang seat dia..COME ON LA MAKCIK DATIN..budak je kot n tgh tido mana dia sedar..ko pon bukan tgh tido,ko dok melayan cite omputih sbb ko feeling matsaleh,sbb tu dgn aku org melayu sebangsa ko pon ko nk jerit ckp omputih…aku malu nk mengaku kau bangsa aku.
BONGKAK,SOMBONG,SELFISH,BELAGAK,POYO,MUKA KETAT smua pakej ada kt kau..KLAU KO NAK SELESA N NK PRIVACY,KO DOK LA BIZNEZ CLASS BARU LAA CLASS MCM TITLE KO ‘DATIN’ ..
Aku mmg diam xmenjawab apa yg ko tengking sbb aku xnak jd LOW CLASS MCM KO TERJERIT2 ATAS FLIGHT…bukn sbb aku takut..klau dgn budak kecik pon ko berkira,ko mmg jenis PPN MELAYU YG HATI BUSUK SEBUSUK2NYA.!!
Biasa laa klau kita dok class economy,sape yg bergerak belakang kita,akan terasa laa biasa la tuu kan..apasal masa kerusi goyang sbb cuaca xelok ko xpergi tengking pilot kt kokpit tu?? aku bukan nk puji matsaleh..tp mmg kenyataan,masa atas flight nk pergi london pon,ramai budak2 buat bising lg atas flight tu n ank2 aku dok belakang bangsa lain bising2,dorg ble senyum n gelak je....
Baru pangkat datin ko dah SOMBONG SEMACAM,blum KAYA MCM ARAB KT LONDON tu lg..laki ko kt sebelah pon xmalu ke tgk perangai bini ko mcm tu n ble buat kering je.Bagus didikan ko kt bini n ank ko pangkat n kekayaan ko xbole bwk g kubur..esok2 ko mati pon masuk dlm tanah jugak bukan dok atas SEAT EMAS! korg mmg MELAYU YG LUPA DIRI TU MELAYU! SEKIAN!!. tulisnya panjang lebar.!
Luahan Rita Rudaini itu telah mendapat reaksi positif pengikut Instagramnya yang turut sama berasa malu dengan sikap Datin tersebut.
Sumber Astro Gempak
Artikel Ini Disiarkan Khamis, 3 Sept 2015
sumber http://www.cakapmalas.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment