Apabila melihatkan jumlah gaji bulanan yang dimiliki oleh pemain tempatan di dalam artikel ini, kami merasakan mungkin dalam masa 5 tahun lagi Malaysia mampu untuk membawa mutu permainan yang mantap seiring dengan gaji yang sedap.
Safee Sali mencatat jumlah gaji tertinggi iaitu RM 120,000 bersama kelab Johor Darul Takzim (JDT). Jumlah ini memang berbaloi kerana kita boleh tengok Safee perform habis ketika mewakili Malaysia malah sangat berbudi bahasa terhadap peminat.
@Pemain lincah ini memang kami suka sebab dia rajin dan bijak menghidu peluang dan sangat rajin ketika di atas padang. Amri Yahyah dikatakan dibayar gaji sekitar RM 85,000 daripada kelabnya, juga JDT.
@Abang handsome Norshahrul Idlan Talaha yang kini bersama ATM FC dikatakan dibayar gaji sekitarRM80,000. Pasti padu ATM musim ini dengan kehadiran Mat Yo yang sangat cemerlang di JDT sebelum ini. *Uhuk* – terbatuk pula.
@Indra Putra Mahayuddin, tengok muka sudah tahu seorang yang humble dan rajin kejar bola. Kini beraksi bersama Felda United FC dengan anggaran gaji sekitar RM75,000. Bak kata pepatah, semakin berusia semakin lincah.
@Baddrol Bakhtiar adalah pemain bagi kelab Kedah FA dengan anggaran gaji RM65,000. Cukup lumayan jika tinggal di Kedah dengan gaji sebegini. Makan confirm kenyang. Sila jemput kami untuk review Makan-Makan di Kedah jika ada kelapangan.
Dengan keadaan gaji yang kukuh dan lumayan, kami yakin ini mampu memberi motivasi kepada pemain untuk terus dapat kenaikan gaji seterusnya berpeluang melonjakkan nama Malaysia di mata dunia.
SUMBER : http://vitdaily.com/5-gaji-tertinggi-pemain-bola-sepak-malaysia/
0 comments:
Post a Comment