Friday 13 November 2015

Filled Under:

PADAH!! AKIBAT HILANG SABAR.. LELAKI INI MELAKUKAN PERKARA YANG AKAN MEMALUKANNYA SEUMUR HIDUP !!!



## Bentong: Pemandu lori berusia 35 tahun ditahan polis, hari ini selepas merempuh palang Plaza Tol Bentong dan menceroboh laluan Kil0meter 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini yang masih ditutup untuk semua kenderaan kerana banjir lumpur, Rabu lalu....

Pada kejadian kira-kira 2.15 petang, suspek yang berasal dari Banting, Selangor dipercayai bertindak demikian kerana tidak sabar selepas sudah dua hari terkandas di plaza tol berkenaan.
Ketua Polis Bent0ng Superintendan, Mohamad Mansor Mohd N0r berkata, sebelum kejadian, suspek bersama lebih 20 pemandu lori lain yang ada sudah dua hari terkandas selepas kejadian banjir lumpur di lebuh raya berkenaan....

Beliau berkata, suspek yang memandu lori berseorangan kemudian bertindak memecut kenderaan dan melanggar palang Plaza Tol Bentong menghala ke Kuala Lumpur...

"Bagaimanapun, tindakan lelaki itu memakan diri apabila dia ditahan tidak jauh dari Kil0meter 52.4 oleh anggota polis kira-kira 10 minit kemudian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini...

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam....


Sumber :  http://www.hmetro.com.my/





0 comments:

Post a Comment